Wednesday, October 30

UJIAN



Letihnya mengira jawapan soalan geoteknik ni. Perlu di ulangkaji berulang kali barulah lekat kat kepala..InsyaALLAH. Alhamdulilah belum lagi ada kerja yang perlu dilakukan, sa ambil kesempatan ulangkaji pelajaran sementara ada masa yang terluang di pejabat ni. Bekerja sepenuh masa dan belajar Sembilan adalah dua perkara yang berbeza tapi cukup bermakna untuk dilakukan. Ramai juga kawan – kawan yang single cam sa ni sudah tidak berminat untuk menyambung belajar, dan ada juga yang berminat namun memikirkan kos menyambung belajar menyebabkan mereka akur untuk melupakan hasrat menyambung belajar. Semua ini rezeki masing – masing, syukur alhamdulilah ALLAH bagi sa kesempatan dan peluang.

Awal pagi tadi semasa datang ke pejabat, masa nak letak kereta, memang sa suka letak kereta di kawasan tu, tetapi telah dihalang oleh sebuah kereta. Bertanya – Tanya juga dalam hati, siapa la yang letak keretanya yang makan sampai 3 petak tempat letak kereta? Sekali keluar seorang lelaki yang seperti sa kenali, macam sa kenal, dia ker?

Ekeke.. betul la, rupanya abang Ben. Abang ni kerja sendiri, pasang, membaiki, servis aircond. Kalau peti sejuk rosak pun dia boleh baiki. Sa kenal Abang Ben ni kerna meja isterinya kak Ratna berjiran dengan meja sa di pejabat satu ketika dahulu. Sa mengenali suami isteri ini, mereka amat baik hati, bila sa lewat balik kerja merekalah yang tolong hantar sa balik kerumah. 

Bercerita tadi dengannya sekejap sebelum sa naik ke pejabat. Kesian juga dengar cerita darinya tadi, dia bagitau anaknya yang ke – 2 sekarang lumpuh dari pinggang sehingga kaki. Ini adalah disebabkan ketumbuhan di belakang si anak yang sekian lama baru dapat dikesan. Bila diambil air tulang sum – sum, doktor mengesahkan yang air tulang sum – sum anaknya sudah di jangkiti kuman. Sekarang masih lagi dalam rawatan, dan air kencing pula disahkan berkuman baru – baru ni. 

Sama – sama kita muhasabah diri, inilah ujian dari ALLAH. ALLAH telah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: ‘kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji bagi membuktikan keimanan mereka? Sesungguhnya Kami telah menguji orang – orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang yang benar dan Dia mengetahui orang – orang yang berdusta’”. (Surah Al – Ankabut: 2-3)  sa doakan semoga Abang Ben sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian. Semoga ALLAH bukakan pintu rezeki untuk mereka sekeluarga, dipermudakan urusan dunia dan akhirat..aminn.

No comments:

Post a Comment