Wednesday, November 6

LA TAHZAN



Antara menonton berita di tv dan membaca, sa lebih suka membaca. Menonton berita di tv bagi sa amat membosankan, lebih – lebih lagi berita yang dipaparkan kebanyakan mengenai politik. Sa bukan salah seorang anti politik, Cuma kurang berminat dengan cerita politik. Dari tengok cerita politik lebih baik sa tengok cerita kartun..ekeke. Walaupun dah tua Bangka cam ni, kalau anak – anak buah sa menonton kartun semestinya sa adalah salah seorang diantara mereka yang turut sama menonton..ekeke. 

Opss..bukan nak cete pasal kartun ya, nak cete pasal buku. Biasalah minat membaca ni, buku dan majalah agama yang berfaedah adalah satu kemestian yang perlu dimiliki. Membeli majalah atau buku setiap bulan sudah menjadi satu kewajipan untuk sa. Sa sayang buku – buku dan majalah yang sa beli. Sa tak suka buku – buku sa rosak, dan oleh sebab itu sa akan balut kulit buku – buku dengan plastik khas tu sebelum sa mula membacanya. 

Satu hari tu cam biasa sa ke masjid berhampiran dengan tempat kerja sa. Sa Nampak banyak rak –rak buku kosong dikawasan ruang solat wanita. Tiba – tiba terdetik dihati sa, alangkah eloknya sa isikan sahaja majalah dan buku – buku agama kesayangan sa di rak – rak kosong tu. Semua orang boleh mendapat ilmu yang bermanafaat. Laju la pula otak sa berfikir..ekeke..kan elok kalau sa boleh jadikan ini satu projek kemasyarakatan, ajak kawan – kawan lain wakafkan majalah dan buku – buku agama untuk masjid ni..kan? InsyaALLAH..semoga ALLAH permudahkan. Alhamdulilah, sebahagian dari majalah dan buku kesayangan sa sudah pun mengisi kekosongan rak buku yang ada di masjid tu. Dengan niat hati sa mudah – mudahan setiap orang yang membacanya akan memperoleh ilmu yang bermanafaat untuk disebarkan kepada umat islam yang lain. 

Alamak dah lari tajuk ni..ekeke, sa sebenarnya mau bercerita tentang buku yang sa baca sekarang ni tajuk dia “La Tahzan” atau “Jangan Bersedih” kerna setelah kesulitan pasti ada kemudahan. Buku ni adalah buku yang terlaris di Malaysia hasil tulisan Dr. ‘Aidh bin ‘Abdullah Al Qarni dan diterjemahkan kedalam bahasa melayu oleh Noraine Abu. Buku ni lama da sa beli 18.01.2012, dah nak – nak masuk 2 tahun pun separuh tak habis lagi di baca ekeke. Muka surat sampai 613 sekarang sa baru kat muka surat 81. Sa sayang sangat buku ni. Sa beli buku ni pun sebab putus cinta dengan mamat tu dulu..ekeke. Selepas membaca buku ni Alhamdulilah banyak manafaatnya yang akan membuka pintu minda dan akal fikiran kita.. sa muhasabah diri selepas membaca buku ni.


Secara keseluruhannya, buku ini memang terbaik untuk kita semua baca. Terutama sekali untuk mereka yang menghadapi masalah dalam kehidupan terutama sekali mereka yang ragu – ragu, gelisah, dukacita, menderita, bersedih, sukar membuat keputusan, hilang harapan, hilang arah tuju, kecewa dan pelbagai lagi. Miliki dan bacalah buku ini, pasti buku ini akan mengatakan kepada anda “bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan jangan bersedih”. Maaf sa bukan penjual buku ni, sikit pun sa tiada kaitan, Cuma sa bantu promo buku terbaik untuk kita semua baca. Mana yang baik kita akan kongsikan bersama agar sama – sama kita memperoleh manafaat, InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment