Monday, September 2

DRIVER FOR EVER



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.. Selamat Hari Merdeka kepada negaraku yang tercinta. Cuti sempena hari kemerdekaan ini sa ambil kesempatan berlari laju – laju balik kampung  awal pagi ni bersama abang, kak ipar dan si cubby Aliff .. berlari bersama kuda putih kesayanganku. Sa yang drive, memandangkan abang semalam bekerja shif malam, bahaya ni orang ngantuk drive kereta. Harap – harap dia terlena la diulit mimpi – mimpi indah, harapan sa ketika itu sebab sa suda sedia maklum perangai dia kalau orang lain yang drive. Rupanya, lagi terang biji matanya.. waaa, oiii tidur la. 

Ini la masalahnya bila kita drive kereta, orang sebelah kita adalah pemandu kereta F1 paling pro disabah. Emm.. napa la dia tak pejam mata tidur , supaya sa yang drive ni tak la stress. Stress sebab mulutnya pok pek pok pek suruh sa potong kereta depan, suruh tengok side mirror atau pun jauh lagi jarak kereta di depan tu dia da bising suruh tekan brek. Patutnya sebelum gerak tadi dia ni wajib di bagi makan ubat tidur..ekeke.
  
Sampai di pekan Beaufort, kami singgah ke Tamu Beaufort. Mungkin ada ni yang tidak tahu maksud Tamu? Sebenarnya Tamu ni lebih kurang macam pasar tani di semenanjung yang diadakan seminggu sekali. Ada tapak khas untuk Tamu supaya para petani datang membawa hasil pertanian mereka untuk dijual. Selain dari hasil pertanian, ada juga pelbagai gerai yang ada. Bagi kami, ni lah masanya untuk mencari makanan tradisional kegemaran terutamanya tapai manis dan kuih cincin gula kabung. Borong habis.

Petang drive lagi, teman mama pergi melawat kakak sulong di hospital sebab si comey Arrisya terkena penyakit kuning / jundis. Rata – rata baby baru lahir mesti kena panyakit ni, Tanya juga dengan mama.. sa dulu kena penyakit kuning tak?.. dia kata, takde. Cian baby Arrisya, habis belakang tangannya dicucuk jarum ambil darah, hitam lebam. Sayu jak tengok baby Arrisya sakit, semoga cepat sembuh nak..aminn.



Malam yang dingin, baru jak 3 minit melabuhkan badan yang keletihan ini. Tiba – tiba ayah panggil, dia kata pakcik sebelah rumah minta tolong hantar cucunya ke hospital sebab demam sampai tahap dah kena sawan. Kebetulan abang pi kenduri bawa kereta ayah, boleh juga ayah bawa kuda putih tapi cian juga ayah, tak nak susahkan dia. Gagahkan diri juga bersiap walaupun tahu tahap kerabunan mataku ini pada waktu malam. Jam 9 malam Sa drive perlahan –lahan, sambil menikmati alunan suara si anak menangis, cian ni anak. Jam 12.15 baru selesai di rawat si anak, dan sa drive perlahan – lahan walaupun ketika itu jalan raya lengang. hampir jam 1 pagi baru sampai kerumah, emm..letihnya dengan aktiviti driving hari ni..ZZZZZZZzzzzz

Thursday, August 29

ZARA ARISSA



Amboii.. nama artis mana pula ni? Ekeke.. maaf, ni bukan nama artis tetapi nama baby girl baru dalam keluarga besar sa. Alhamdulilah, semalam 27/08/2013 (selasa 8.30 mlm) kakak sulong selamat melahirkan baby girl di hospital likas. Ini adalah anak ke - 4 kakak. Sebelum ni dia berharap baby dalam kandungannya  adalah baby boy kerna sekarang dia Cuma ada sorang anak lelaki. Tapi kami ternanti – nanti juga kehadiran baby girl baru. Belum lagi ni berkesempatan menjengah. Tahun 2013 ni saja kami sekeluarga menerima 3 orang ahli baru bermakna suda 8 orang anak buah sa, harap – harap ahli akan bertambah terus. Lagi ramai lagi bagus.. meriah suasana dengan kerenah masing – masing.

Sejak mengandungkn  anak ke- 3 dulu, keadaan penyakit asma kakak amat teruk. Kini mengandung anak ke – 4 sudah beberapa kali dah dimasukkan ke hospital  beaufort dan hospital menjadi rumah keduanya. Bulan puasa hari tu, penyakit asma nya agak teruk sehingga terpaksa dihantar ke doktor pakar hospital likas. Balik dari kerja jak, sa lah yang datang menjenguk dia membawa juadah berbuka puasa, sambil sa berbuka puasa di wad, orang sakit makan sikit jer..berselera makan tapi perut da penuh..cian ekeke.

 Tinggal seminggu lagi kakak mau bersalin, dapat sms dari dia minta dicarikan nama baby boy dan baby girl yang mudah nak di sebut, mudah diingat dan ada maksud yang baik. Alahai.. emm makcik ni juga yang jadi tukang cari nama terbaik untuk anak – anak buah tersayang, satu penghormatan ni. 

Ahad lepas baru sa kalang kabut mencari nama baby, masa tu dengan mod yang tak berapa nak ok. Memang mod tak ok masa tu, usahakan juga mencari yang sesuai. At last jumpa la nama baby boy (dirahsiakan untuk masa depan yang gemilang..ekeke) dan baby girl Zara Arissa. Zara bermaksud puteri dan Arissa bermaksud kuat azam. Tetapi telah ditokok tambah dan diubah suai pula oleh kakak dan abang ipar..akhirnya menjadi Nur Ezara Arrisya. Apa – apa pun makcik Afra kesayangan yang paling cute ni doakan, semoga Zara Arissa menjadi anak yang solehah, kuat imannya, dengar cakap mama dan abah, lemah lembut tutur katanya, bijaksana, dan semoga hidupmu sentiasa dalam lindungan ALLAH..aminn. 


AKU, WAFI & ADEEL



Bangun!..bangun!..bangun!. kelakar juga dengar alunan lenggok lagu adik mengejutkan anak – anaknya Wafie, Adeel dan Aniq yang sedang lena diulit mimpi. Hari ini adik ipar suda mula bekerja selepas 2 bulan berehat kerna dalam pantang melahirkan anak yang ke – 3. Kesian juga melihat anak – anak buah sa, dengan baju tidur, gosok – gosok mata, baru jam 6 pagi suda dikejutkan. Anak – anak ini akan dihantar kerumah ibu mertua adik sa untuk dijaga disana. Adeel pula membuat kerenah awal pagi ni, tidak mahu memakai selipar tapi ingin memakai kasut. Adik bertegas mau Adeel memakai selipar sahaja, apa lagi, meraung manja la Adeel pagi ni. Sa di dapur baru saja menyiapkan sarapan pagi ni..mee hon goreng. Inilah rutin mereka setiap hari anak beranak.

Wafie dan Adeel yang selalu bermanja dengan sa, bila laptop sa terpasang pasti permintaan dorang berdua adalah cerita kartun Upin Ipin, Ultarman atau Mr. Bean. Tidak pula dorang bosan asyik tengok cerita yang sama berulang – ulang sampaikan jalan cerita pun dorang dah tau. Balik dari kerja selalunya sa lah yang ditunggu – tunggu jika semalam sa ada berjanji akan pasangkan kartun Upin Ipin. Tapi tidak semudah itu, sebelum pasangkan kartun Upin Ipin sa akan menyuruh dorang berdua mandi dahulu kemudian makan. Masa makan pula, sa yang akan suapkan dorang siap sa ugut lagi, siapa yang tidak makan banyak sa tidak kan belikan permainan dalam kotak.. ekeke. Ini la rutin sa setiap hari di rumah.


Bezanya kehidupan sa waktu kecil dengan kehidupan dorang sekarang, lebih – lebih lagi bila kedua ibubapa bekerja. Syukurlah sa membesar dikampung, ada mama 24 jam bersama walaupun ayah sentiasa berjauhan dengan kami. Anak – anak sekarang ni  cepat belajar menggunakan teknologi yang ada terutamanya Ipad, kita tak payah ajar pun dorang dah tau bagaimana mencari dan bermain game. Sa selalu melayan mereka berdua bercerita, tak kisah la apa jak cerita merapu dorang sa akan layan. Kadang – kadang ada juga pertanyaan yang perlu sa jawap walaupun jawapannya berdasarkan logik akal sa sendiri. Awas, setiap apa yang kita cakap pasti dorang kan ingat tu.. ekeke.. elakkan menipu bila kita melayan anak – anak bercerita.  


Thursday, August 22

Love Roses



tik tok tik tok...Cepatnya masa berlalu tanpa disedari. Kesibukkan melanda diri bermula dari cuti hari raya balik kampung sampai la sekarang. Seharian di penuhi dengan pelbagai aktiviti. Minggu lepas dan minggu ni misi sa ialah berusaha menyiapkan  500 tempahan Afra Cumil Craft. Penat tapi berbaloi. Seni kraftangan ni adalah salah satu cabang seni di dalam banyak – banyak seni. Membuat kraftangan ni memang perkara yang sa paling suka. Selain dari membuat kraftangan untuk Afra Cumil Craft, sa juga minat sulam kait, sulam silang pangkah, membuat manik di baju dan menjahit..macam sumandak sabah terakhir jak..ekeke. semua ni bakat terpendam ni, jarang – jarang ditemui.. spesis cam ni hampir pupus da ni di muka bumi ekeke. Sulam kait ni sa belajar dari nenek muda sa, umur baya kakak sulong tu yang kena panggil nenek muda, tapi dia suka kami panggil dia grandma.. updated sikit katanya. Dia la yang ajar sulam kait, sa ingat lagi mula – mula dia ajar buat sarung kotak tisu, dan paling susah buat kopiah 2 warna siap ada corak – corak, sebulan baru siap. Paling seronok buat kasut dan topi baby yang comel. Sulam silang pangkah lak kakak sulong yang ajar, ini pun best juga, buat corak pemandangan la, corak bunga – bunga la, macam – macam ada. Siapa yang datang rumah sa, boleh la melihat koleksi – koleksi sulaman di dinding ruang tamu rumah kami. Buat manik baju dan menjahit lak boleh la buat sikit – sikit, ada juga minat ni mau tambah kemahiran dalam bidang sulaman dan jahitan. Tapi bukan sekarang, nanti la da habis study InsyaALLAH.


Membuat kraftangan ni bermula dari minat dan rajin. Kalau ada yang berminat tu apa salahnya jadikan membuat kraftangan ni salah satu pendapatan sampingan macam sa buat sekarang. Tak payah kedai, post jak sana muka buku. InsyaALLAH, ada rezeki pasti ramai yang berminat membeli. Semalam sa ada keluarkan design brooch terbaru untuk Afra Cumil Craft, baru post gambar dalam masa 5 minit dah ada orang bertanya. Inilah mudahnya kemudahan teknologi kita sekarang. Sambil membuat brooch tu sambil – sambil juga fikir apa nama yang sesuai untuk design baru ni..emmm.. tiba – tiba teringat seseorang nun jauh disana tapi sentiasa dekat di hati, terus abadikan ingatan ni dalam kraftangan terhasilah nama “love roses”..sweet..kan?  Sebelum ni dah berusaha juga buat love roses ni,  tapi hilang semangat sebab langsung tak menjadi. Tok guru sa suruh sa belajar dari youtube..tapi langsung tak menjadi juga. Semalam cuba kaji kesilapan kenapa tak jadi, emmm..rupanya dah silap gunting kain daaa, patut la tak jadi..ekeke. 

 
Emm.. amboi gelak sakan Nampak?... tu buku bila nak buka? Exam lagi 2 bulan ni.. waaaaaaa..*______*