Thursday, July 25

AKU TAK PERNAH MEMBENCI


Maaf,
Aku  tak pernah membenci,
Cuma hatiku pernah disakiti,
Tolong jangan datang kembali,
Jika semata mengharap dikasihi,
Dan mohon simpati.
 

Maaf,
Aku  tak pernah membenci,
Aku  Cuma ingin menjauh pergi,
Berharap kamu jangan hampiri lagi,
Kerna aku Cuma ingin menyendiri,
Membalut kelukaan hati.



Maaf,
Aku  tak pernah membenci,
Selama ini tak pernah kau hargai,
Kasih sayang  yang ikhlas ku beri,
Cintaku di balas duri,
Tajam menusuk kedalam sanubari.


Maaf,
Aku tak pernah membenci,
Jika baru sekarang kau sedar diri,
Jika baru sekarang ingat janji – janji,
Tak usah lagi dingati,
Kerna sesungguhnya aku ingin menyendiri,
Dan aku tak pernah membenci


Tuesday, July 23

SEHARI DENGAN CINTA



Selamat pagi cinta,
Bukalah perlahan –lahan matamu sayang,
Saksikan sang mentari menyinari bumi,
Dengarkan alunan indah kicauan burung bernyanyi,
Nikmati nyamannya udara pagi,
Saksikan keindahan ciptaan,
Bunga – bunga berkembang mekar ,
Sang kumbang beterbangan,
Hari yang indah ini,
Berikan aku senyuman,
Agar rinduku semakin bertambah.


Selamat  tengahari cinta,
Cuba dongak ke langit sayang,
Langit  biru seindah lautan nan luas terbentang,
Awan putih lembut memayungi langkahmu,
Jangan lupa bumi sayang,
Kerna disitu kita berpijak.
Walaupun ombak badai kehidupan melanda,
Hadapilah dengan tenang.
 


Selamat petang cinta,
sang mentari mohon undur diri,
suasana terang beransur kelam,
Rasa tenang dan aman.

Selamat malam cinta,
Jenguk di luar tingkap bilikmu sayang,
Salam kerinduan ku pesankan pada sang rembulan,
Jangan lupakan aku dalam lenamu,
Ciptakan mimpi indah antara kau dan aku,
Pejamkan mata, esok kita kan bertemu.





Friday, July 19

KESIMPULANNYA

Mengimbas  kembali kenangan pertama kali bekerja sebagai pelukis pelan, membuatkan sa tersenyum. Sa teringatkan ketua sa yang amat garang tu, garang macam rimau, kalau la sa ada kuasa sakti macam cerita pari – pari dalam buku dongeng yang sa suka baca masa sekolah rendah dulu, sa akan masukkan dia dalam kandang rimau, pas tu bagi dorang lawan, tengok siapa lagi garang..kan? ekeke..joke.

Sa amat – amat berterima kasih sebenarnya atas kegarangan ketua sa tu. Jika dia tak garang macam rimau, memang langsung tidak ada motivasi untuk mendorong diri sa sendiri belajar apa – apa. Pernah sekali dia berkata “ ko memang tak boleh buat kerja ni, baik ko balik rumah saja”. Hasil kerja sa di koyakkan depan mata ini, di campakkan  dalam tong sampah, Sa berdiam diri  dan esok sa datang kerja seperti biasa. Nampak macam bodoh di perlakukan seperti itu. Sedih sebenarnya, kawan – kawan satu pejabat pun sok sek sok sek.. sa buat tak tau jak, sebab misi sa belum selesai.

Sa tidak pernah melawan atau mengingkari sebarang arahan selama bekerja dibawahnya. Kadang – kadang kehilangan 1 inci dalam pelan lukisan yang sa buat  pun akan jadi bahan kemarahannya. Sa pun hairan kenapa sa boleh bertahan selama 5 tahun bekerja dengan ketua yang garang ni. Kalau la orang lain, mungkin dah lama berambus, siap maki – maki lagi..ekeke. sa pula semakin dia marah lagi sa suka sebab, mama kata, orang tidak akan marah kalau kerja yang kita buat betul, orang yang marah tu adalah orang yang menegur kerja kita yang salah, kalau orang cam tu tada memang selamanya lah kita buat kerja tak betul.. betul cakap mama, bijaknya mama.

Setelah 5 tahun bekerja dengan ketua sa yang garang tu, apa – apa tugasan sudah tidak menjadi masalah lagi untuk sa lakukan. Sa tak marah atau pun berdendam pun dengan ketua sa. Sa sebenarnya gembira dan amat – amat berterima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu – ilmu yang diperturunkan kepada sa. Jika bukan dia, mana mungkin sa menjadi semahir sekarang. Thanks Mr. Albert Lee.

Di tempat kerja sekarang ni, sa adalah satu – satunya pekerja wanita islam dan rakan – rakan sekerja sa mejoriti semunya lelaki  bukan islam. Bagi sa ini juga satu cabaran, namun sa tiada masalah bekerja dengan mereka ni kerna semangat bekerja satu pasukan yang tidak mengenal anda siapa. Mereka boleh buat, sa pun boleh buat. Bila ada pelajar datang ke pejabat kami membuat Latihan Industri, sa tak lokek memberi tips, nasihat dan motivasi. Sa senang hati jika dapat berkongsi pengalaman dan pendapat bersama orang lain.


Baik la, dah nak balik da ni.. ekeke..sekian cerita hari ini.

Wednesday, July 17

KERJAYA OH KERJAYA

Ada seseorang sedang menanti cete terbaru blog sa..tettt. Baiklah, sila sediakan tisu atau pun sapu tangan untuk melap airmata anda yang bercucuran semasa membaca cete ini..ekeke joke. Ada sadis sikit cete pada kali ni berkaitan dengan permulaan kerjaya sa sekarang.

Sa bukannya pelajar cemerlang di sekolah, UPSR, PMR dan SPM boleh – boleh la. Keputusan SPM pun “cukup – cukup makan” dan menyebabkan sa tidak dapat menyertai kawan – kawan seperjuangan menyambung STPM. Sedih sangat – sangat sebenarnya dan pilu teramat di hati sebab duduk di kampung sedangkan kawan – kawan lain sudah memulakan persekolahan di pekan dan kawan –kawan yang cemerlang dapat memasuki universiti. Sedang mereka mengadap buku – buku, sa mengadap pokok – pokok getah, membantu keluarga di sawah. Tidak terlintas pun difikiran sa untuk berkerja dibandar, sebab sa memang suka di kampung.

Ditakdirkan sa mendaftarkan diri memasuki pusat latihan GIATMARA Limbawang dan mengambil krusus jahitan..opss bukan menjahit baju tetapi menjahit sarung sofa, dalam erti kata lain membuat sofa sampai siap jadi sebiji sofa yang cantik. Sebenarnya sofa yang lama tu boleh lagi diperbaiki, tapi ramai orang yang buang. Dengan kemahiran, macam – macam boleh jadi. Setelah tamat 6 bulan krusus jahit – menjahit, sa ditawarkan masuk ke Institut Kemahiran MARA Lumut Perak. Gembira bercampur duka la pula, kena merantau ke negeri perak dan meninggalkan famili.

Kalau ikut bidang di GIATMARA, sa sepatutnya ambil krusus jahitan dan upholstery, tapi entah napa pegawai MARA tu tiba – tiba berkata, pendidikan seni SPM kamu kredit ni, sa bagi masuk kamu ambil krusus seni bina la. Ya..sa angguk jak, apa krusus tu pun tada dalam kepala tika tu..ya kan aje. Setelah sampai di sana, bermula la kehidupan berdikari sendiri, berjauhan dari keluarga, suka duka semua la sendiri. Tau keluarga susah, sa jarang minta kirim duit sebab ada elaun dari MARA setiap bulan, tu pun untuk menampung keperluan selama 1 bulan.

Sudah habis belajar, sa terus balik sabah. 3 bulan selepas itu, syukur alhamdulilah sa mendapat kerja pertama sa sebagai pelukis pelan seni bina di sebuah firma arkitek dengan gaji rm800 sebulan. Bermula la pula suka duka sa bila bekerja dibawah orang yang bukan sebangsa dengan sa. Tuhan saja yang tahu bagaimana sa di layan oleh ketua sa, di marah, di herdik. Sa menangis. Ya memang sa tak tau buat kerja sebab sa tiada pengalaman kerja, dan juga bekerja ni tidak sama dengan apa yang sa belajar, jauh sangat perbezaan. Sa kuatkan semangat, tabahkan hati dan simpan azam dalam diri yang sa akan terus bekerja disini paling kurang selama 2 tahun dan janji yang sa akan mencuri ilmu dia. Sa nekad menghadapi hari – hari yang penuh dengan ketakutan semata – mata demi mama yang sentiasa berikan sa dorongan dan semangat.
Pertama kali bekerja, sa diuji oleh ketua sa. Dia sengaja membawa sa ke stor yang busuk, panas dan sunyi. Kemudian dia tinggalkan sa sendirian disana untuk menyukat keluasan stor tersebut. Sa rasa dia mungkin berharap esok sa tidak akan datang lagi bekerja..ekeke. ya la, mana ada gadis cute comel yang akan buat kerja ni. Dia memang tidak tau, sebenarnya gadis cute comel ni lasak orangnya. Sa diuji lagi oleh dia, sa kena kemaskan stor tempat menyimpan lukisan – lukisan lama dan macam – macam barang dalam stor tu. Selama seminggu sa mengemas stor yang panas dan berhabuk, sa berharap jangan la ada ular menyorok. Sa lalui setiap ujian dan arahan dengan tenang walau pun di marah tak tentu pasal.

Masa berlalu dengan pantas. Siapa sangka akhirnya sa Berjaya mencuri ilmu ketua sa selama 5 tahun tu.. ekeke. Rahsia kejayaan sa mencuri ilmu dia adalah melalui belajar dengan tekun. Jangan la sombong kalau kita rasa dalam diri kita langsung tiada kemahiran, jangan malu bertanya, jangan cepat patah semangat. Selama 5 tahun tu juga gaji sa rm800 dari dulu dan selamanya, tak pernah bertambah dan tak pernah berkurang. Bila dah Berjaya, sa rasa dah yakin, sa berpindah kerja ke firma arkitek yang sa berkerja sekarang atas sebab disini gaji sa lebih dari gaji sa dahulu. Sa nekad dah pindah kerja walaupun syarikat mengumpan sa dengan menambahkan gaji, maaf dah tak termakan dengan pujuk rayu..ekeke.

Alhamdulilah, sudah 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni bina ni, pengalaman pun da banyak. Sa perlahan – lahan belajar lain – lain kemahiran. Dipermudahkan ALLAH, sa dapat sambung belajar secara Sembilan di polikk dengan sijil SPM “cukup – cukup makan” dalam bidang kejuruteraan awam bermula dari sijil sehingga la sekarang sedang menyambung diploma. Semuanya bukan mudah, ALLAH saja yang maha mengtahui apa yang sa lalui. Syukur alhamdulilah.