Monday, June 3

Jalan – jalan bawa sumandak



Cuti sekolah bermula, adik – adik pun seronok bercuti dan mengikut sa balik ke Kota Kinabalu..ada juga teman balik. Fikir – fikir juga sepanjang perjalanan, mana mau bawa dorang cuci mata? Cian dorang ni jarang nak berseronok, jadi sa bawalah dorang bergumbira ke Pantai Tanjung Aru dan perdana Park. Sumandak (gadis) 4 orang dan anak buah ensom boy yang banyak kerenah pigi sekali. 




Hujung minggu seperti biasa jalan raya sesak dan kurang lancar. Berpusu – pusu semunya ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati keindahan matahari terbenam. Malangnya, matahari malu yang teramat sangat..lalu berselindung dibalik awan.. owhh skodeng arr






 



Selepas dari pantai Tanjung Aru, terpaksa sebenarnya singgah ke Perdana Park sebab anak buah sa yang ensom ni beria – ia sangat mau bermain di taman permainan kawasan tersebut. Tapi akhirnya nda pula dia berani bermain..takut sebab ramai sangat budak – budak yang bermain..huhuiii.  Seronoknya dia bila dapat berlari – lari di trek jogging, seperti dunia ini tanpa sempadan. Yang sa pula tercungap – cungap mengejarnya. Siapa yang teringin mau jogging bawa la anak - anak sekali, kejar la mereka di trek jogging pasti anda akan seronok dan badan jadi santik..percayalah..



Perdana Park ni adalah kawasan awam di mana terdapat trek jogging, taman permainan kanak – kanak, tempat menjamu selera dan yang menjadi tarikan utama adalah Persembahan Air Pancutan Berirama.











Penatnya, anak buah lak yang tak sabar mau balik..emm.. cian penat sungguh dia. Apa pun yang penting semua happy hari ni.































2 comments: