Agar tidak dilupakan setelah mati, tulislah sesuatu untuk dibaca,
Buatlah sesuatu untuk ditulis. Tulislah apa yang ingin kamu ungkapkan,
tak kira, apa saja. Jangan pedulikan orang yang menilai tulisanmu.
Seorang penulis hebat tidak menulis untuk dirinya sendiri, tapi dia
menulis untuk orang lain.
Selalulah tanyakan pada diri:
Apakah isi tulisan ini benar-benar dari hati saya? Atau,
Apakah tulisan ini berasal dari pengalaman saya? Atau, mungkin juga melalui pengalaman orang lain
Apakah tulisan ini terkandung pengetahuan yang bermanfaat? Atau,
Apakah bahasanya mudah difahami? Atau,
Apakah tulisan saya ini dapat memberi kesedaran untuk memperbaiki diri?
Ketika anda menulis dengan CINTA dari hati yang paling dalam, maka akan
ada banyak orang akan mendapatkan pengetahuan darinya. Atau akan ada
ramai orang yang akan berubah dan memperbaiki dirinya. Maka tulislah
sesuatu yang bermanfaat dan membahagiakan dirimu di akhirat nanti.
Persoalannya..
Sudahkah kita menulis sesuatu yang bermanfaat?
Sudahkah kita mengikhlaskan setiap bait patah perkataan dan bait rasa yang lahir itu dibaca dan dinilai oleh orang lain.?
Sudikah kita menghalalkan setiap idea idea anugerah Allah SWT itu di
kongsi oleh pihak lain tanpa perlu berkira kira dalam soal menegakkan
yang ‘hak’?
Kalau belum mulailah dari sekarang.
Apabila saya
menulis ia bukan kerana saya ada banyak ilmu, ia bukan kerana saya lebih
bagus dari anda pembaca. Sememangnya dari dulu saya percaya menulis
kerana mahu menyampaikan sesuatu serta berkongsi apa yang kita boleh
kongsikan sesuatu yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada diri
sendiri dan orang lain.
Saya juga percaya, menulis sesuatu yang
ada diminda mampu dikongsi oleh ramai orang yang tidak kita kenali.
Tiada apa menjadi milik kita. Semuanya dari Allah dan perlu dilakukan
kerana Allah. Maka menulis sekadar menyampaikan ilham yang ada bersama
pembaca. Segala kesempurnaan hanya milik Allah.Yang baik dari Dia yang
kekurangan itu adalah kelemahan penulis sendiri..
Saturday, June 14
Thursday, May 15
SUNSET
Tuesday, March 25
AKU TAK MARAH..CUMA AKU GERAM
Berat sungguh beban yang dipikul
saat ini. Mau mengadu dengan siapa? Jari – jari ligat menyiapkan plan landskap,
tapi otak pun sama ligat memikirkan tugasan – tugasan yang sepatutnya perlu
disiapkan minggu ni. Dari tadi keluhan sa tidak pandai berhenti. Hati kata nak buat tapi terpaksa berlawan
dengan perasaan malas ni.. dan akhirnya tugasan tu terbangkalai beberapa
minggu. Sekarang dah tinggal seminggu lagi nak siapkan, kalau tak hantar
bermakna markah 0.
Tugasan berkumpulan ni adalah
perkara yang paling sa tak suka. Lebih baik tugasan secara individu, itu lagi
baik. Bila sudah namanya berkumpulan, pasti yang menjalankan tugas Cuma 2 orang
yang aktif sahaja, yang selebihnya berdiam diri tunggu markah dimasukkan.
Itulah sekejam – kejam manusia dalam berkumpulan sa rasa.
Semua ahli kumpulan pun sama juga
macam sa, sudah bekerja, punya tanggungjawab masing – masing, ada masalah
sendiri. Tapi itu bukan alasan untuk tidak membantu menyiapkan tugasaan yang
diberi. Sekurang – kurangnya
sumbangkanlah idea atau apa – apa sahaja yang diperlukan. Sabar jer la wahai
Cik Afra.
Bukannya tidak boleh bersabar,
tapi sampai bila. Perlukah sa bersusah payah untuk mereka yang tidak memahami? Sa
yang kena banyak berkorban. Bukan nak minta dihargai, tetapi berbaloi ke sa
buat seorang diri semuanya sedangkan mereka langsung tak ambil tahu pun. Sa tak
juga sampai hati membiarkan dorang gagal subjek ni. Sa tak mau jangan dorang
berdendam. Hati manusia ni siapa yang tahu.
Bukan sa tak pernah membantu
kawan – kawan sama belajar ni. Ada subjek yang kadang – kadang memerlukan
kepakaran sa juga. Dorang minta pertolongan sa membuat pelan, tapi 1 sen pun
tak dibayar malah siap nak tiru maklumat pelan dari kumpulan kami. Sa marah bukan sebab tidak dibayar,,tapi dah minta tolong secara percuma, maklumat yang kami bertungkus lumus buat pengiraan pun nak di
copy secara percuma juga? Dorang tinggal goyang kaki jer tunggu.. macam tu?..
kejam sungguh.. tada maknanya belajar jika setakat nak lulus jer. Sa rasa satu
kerugian untuk manusia yang macam tu. Bayar beribu – ribu semata – mata nak lulus..
nak naik pangkat kat jabatan. Mengapa tak belajar sungguh – sungguh dapat ilmu
dan sekali gus lulus dengan cemerlang..
Semoga sa dapat melalui semua ini
dengan tenang..
Tuesday, February 18
HUJUNG MINGGU YANG BERHEMAH
Hujung minggu pada kali ini penuh dengan aktiviti
sampingan.. ekeke. Ini berlaku apabila pensyarah membatalkan kuliah atau pun
kuliah berakhir dengan segara. Bukan selalu macam ni tau, budak – budak nakal
ni ambil ler kesempatan menikmati masa - masa pembatalan kuliah dengan penuh
berhemah sekali..hebat, terima kasih.
15 Feb 2014 – Sabtu
TAMU PUTATAN
Setiap sabtu, kuliah akan bermula
pada jam 12 tengahari. Hari ini sa sengaja meminta kawan baik sa Cik June untuk
datang kerumah dengan lebih awal. Nasib baiklah Cik June ni setuju, sebab pada
awal pagi sebelum kenderaan banyak, kami akan melawat tapak projek. Sa tau,
memang dia ni jenis liat nak bangun pagi..ekeke.. sengaja ler nak mendera dia.
Sebelum bergerak ke tapak projek, sa bawa dia ke tamu putatan.
Tamu Putatan atau pun pasar tani
Putatan tidak jauh dari rumah sa. Kalau naik kuda putih, tak sampai 10 minit
perjalanan. Apa yang paling sa suka di sini ni adalah makanan kegemaran sa ada
terjual iaitu laksa Penang..nyummm dapnya. Memang pelbagai kuih muih yang sedap
– sedap terjual disini. Kalau tak tahan hati, pasti nak borong semua.. tapi
jangan membazir. Selain itu, terdapat juga gerai menjual pelbagai jenis sayur –
sayuran dari kundasang, sayur – sayur kampung, buah – buahan, bunga –
bungaan, binatang peliharaan, pelbagai
jenis hasil tangkapan laut & sungai, kraftangan yang menarik dan pakaian yang cantik - cantik.
Seronok dapat membawa Cik June
keliling tamu.. sudah dapat laksa penang, Cik June beli nasi lemak sedap dan 2
potong kek durian.. jom3 gerak.
MELAWAT TAPAK PROJEK
Nasib baiklah Cik June hari ini
mod bagus, dia ni jenis liat nak bangun pagi. Jam 8 pagi lagi da muncul, cian
juga ngan dia. Nak buat cam mana kan?.. Tapak projek ni sebenarnya adalah
tugasan yang perlu sa siapkan bersama beberapa orang kawan. Tapi malangnya,
yang menyiapkan tugasan ini Cuma sa ngan Cik June jer la nampaknya. Nak
harapkan kawan – kawan tu?..huhuiii, sampai habis semester pun belum tentu lagi
akan siap.
Sepatutnya dalam setiap kumpulan
diminta memberikan beberapa idea yang perlu untuk memulakan sesuatu projek,
entah apa la nasib ni dapat kawan sekumpulan yang kurang memberi kerjasama. Sa
tengok pun dorang tak nak ambil peduli. Kalaulah sa ni jahat sangat, jangan
harap ler nama dorang ada kat muka depan laporan projek ni nanti..nak sa jadi
jahat??? Kalau la sa ni sampai hati..huhuiii
Tapak projek ni sebenarnya adalah
jalan raya yang sa lalui setiap hari berulang alik menuju ke pejabat. Ia
merupakan jalan raya utama sepanjang 500m yang sering berlaku kerosakan. Apabila
dibaik pulih, tidak sampai sebulan jalan ini akan mengalami kerosakan. Alhamdulilah
syukur apabila sa memberikan idea ini kepada pensyarah, dia bersetuju sa dan
rakan – rakan jadikan jalan raya ini sebagai tugasan.
KOTA KINABALU WETLAND
Dah pergi tamu putatan..dah turun
pi meninjau tapak projek.. sempatkan diri lagi melawat ke kawasan paya bakau
sebelum masuk kuliah. Cik June ni memang banyak sangat idea kalau bab melawat
tempat – tempat menarik. Sebelum ni pun memang dia ler yang jadi pemandu
pelancong sa, sebab dia ler juga sa dapat banyak info kawasan – kawasan menarik
yang boleh sa bawa bila ada kawan – kawan yang berminat ingin melawat ke Sabah
nanti..jom3 datang ke negeri di bawah bayu..
“Kota kinabalu wetlands“ adalah
salah satu pusat tanah lembab berpaya bakau negeri sabah. Apa yang menariknya,
pelbagai spesis hidupan paya bakau akan kita temui. Selain itu pelbagai spesis
pokok kayu bakau ada terdapat disini. Menyelusuri walkway yang sedia ada, kiri
dan kanan dedaun hijau bakau, terasa amat mendamaikan berada disini. Sa yang
sukakan keindahan alam semula jadi sememangnya rasa teruja.. jika ingin lari
sebentar dari pandangan bangunan konkrit setiap hari, boleh la datang kesini
menikmati pemandangan alam.
16 Feb 2014 – Ahad
SUTERA HARBOUR BEACH RESORT
Semalam selepas habis kuliah
malam, sa bermalam dirumah Cik June. Awal pagi bangun dan bersiap – siap untuk
ke kuliah. Semalam naik kuda putih, hari ni naik si putih kereta Cik June.
Masih awal lagi, sempat lagi singgah sebentar melihat keindahan alam tepi
pantai. Menurut kata Cik June, kawasan ini merupakan kawasan tempat orang
tengok matahari terbenam.. tempat orang memancing.. dan macam – macam lagi la..
apa tu Cik June?
AIR TERJUN KIANSOM, INANAM
Pagi ini dengan penuh bersemangat
kami berdua pergi kuliah, tiba – tiba dapat sms dari sorang rakan kelas
mengatakan kuliah pagi ini dibatalkan atas sebab, En. Anuar kurang sihat. Emm..
baru jam 9 pagi, sedangkan kuliah seterusnya pad jam 1 petang. Cepat jer Cik
June memberi idea, katanya pergi ke Air Terjun Kiansom, Inanam. Tanpa banyak
cakap, apa lagi..terus bergerak.
Ini adalah kali pertama sa
datang, sebelum ini ada juga berniat untuk mengunjungi kawasan ini, namun sabar
jer lah sebab tak berani sorang – sorang datang pi sini. Kawasan air terjun ini
sebenarnya agak jauh dari pekan Inanam. Bunyi
air terjun sudah kedengaran dari jauh.
Alangkah damainya berada di
kawasan ini, kan best kalau ada rumah sendiri kat sini, belakang rumah ada
sungai yang berhubung dengan air terjun… emmm..bestnya. Memang indah pemandangan
berada disini, kena berhati – hati dengan langkah kerna batu – batu yang ada
agak licin. Airnya amat sejuk sekali, rasa seperti air yang disimpan dalam peti
sejuk.
Dah puas bermain air..da puas posing sana sini..jom Cik June..kita balik, kuliah jam 1 ni..balik dulu...
SUKA - SUKA
Sa bukannya seorang photographer
professional.. dan langsung tidak mengambil apa – apa krusus mengenai bidang
ni, tapi sa sangat – sangat berminat mengambil gambar. Dengan berbekalkan
kamera “Lumix GF5” kesayangan sa, banyak kenangan, keindahan dan suasana yang
dapat dirakamkan.
Mungkin ada yang berminat
mengambil gambar untuk suka – suka, tidak punya asas dalam bidang ni seperti
sa, kamera “Lumix GF5” adalah yang paling sesuai dimiliki. Ini kerana, kamera
ini senang digunakan, tidak banyak nak di setting sana sini, just pilih apa
yang patut sahaja, touch screen dan yang penting sangat – sangat gambar yang
kita ambil memang cantik seperti apa yang wujud. Kena rajin godek – godek apa
benda yang istimewa sangat pasal kamera ni.. memang best tu.
Biar gambar berbicara..ekeke, ini
adalah beberapa hasil yang terbaik setakat ini, semoga menjadi inspirasi buat
kawan – kawan yang minat ambil gambar. Untuk pengetahuan kawan - kawan, semua gambar - gambar yang ada ni adalah asli dan tidak di edit sedikit pun..ekeke..terbaik dari ladang..
Tuesday, February 11
KASIH SAYANG RESORT
Nape ler tak info awal - awal kata tada kuliah.. dah terlanjur sampai kelas baru tau yang petang ni tada kuliah. Kebetulan malam pun tada kuliah..kuliah di batalkan. Apa lagi, pucuk di cita ulam mendatang la jawapnya..ekeke.
Sempat lagi menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH sebelum bergerak balik ke rumah..ni la ni bila ada kawan ngan orang yang suka berjalan. Semua tempat yang indah - indah pasti menjadi kunjungan kami berdua. Kasih Sayang Resort merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terletak di atas Bukit Kokol, menggatal. Resort ini tidak jauh dari Pekan Menggatal.. kalau bernasib baik, jumpa ler kabus di sepanjang perjalanan naik. Kalau ada yang rasa stress.. suka dengan kehijauan.. jom ramai - ramai datang.
Sempat lagi menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH sebelum bergerak balik ke rumah..ni la ni bila ada kawan ngan orang yang suka berjalan. Semua tempat yang indah - indah pasti menjadi kunjungan kami berdua. Kasih Sayang Resort merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terletak di atas Bukit Kokol, menggatal. Resort ini tidak jauh dari Pekan Menggatal.. kalau bernasib baik, jumpa ler kabus di sepanjang perjalanan naik. Kalau ada yang rasa stress.. suka dengan kehijauan.. jom ramai - ramai datang.
Monday, February 10
RAWAN HATIKU
Kak long menyepikan diri sudah sekian lama, seperti menjauhkan diri atau pun saja jer buat sa tertanya - tanya kenapa dengan kak long. Malam ni tiba - tiba kak long muncul dalam chat, macam - macam cerita suka duka kami berdua muncul..lawak
Ni ler antara gambar kenangan sa bersama kak long masa sama - sama belajar di IKM lumut perak dahulu. Kak long ni asal kedah, dia ler sahabat suka duka..susah senang bersama dulu. Bukan juga semua perkara kami sekepala, kadang - kadang pandai juga sa merajuk dengan sikap kak long ni, tapi banyak perkara memang dengan dia sahaja. Keluar hujung minggu sama - sama..makan meggi sama - sama.. meggi sebungkus pun berkongsi..itulah kami.
sekarang ni dah berjauhan, tapi sentiasa di hati sa. Dulu bila tiba musim cuti semester, rumah kak long lah yang menjadi destinasi sa. Biasa ler bila dok jauh dari keluarga, merantau mencari ilmu. Mak dan ayah kakak long anggap sa adalah sebahagian dari keluarga mereka.. Sa doakan semoga mereka sekeluarga dalam lindungan ALLAH...aminnn
![]() | ||
| Masa muda - muda dulu ngan kak long..ekekek |
sekarang ni dah berjauhan, tapi sentiasa di hati sa. Dulu bila tiba musim cuti semester, rumah kak long lah yang menjadi destinasi sa. Biasa ler bila dok jauh dari keluarga, merantau mencari ilmu. Mak dan ayah kakak long anggap sa adalah sebahagian dari keluarga mereka.. Sa doakan semoga mereka sekeluarga dalam lindungan ALLAH...aminnn
Subscribe to:
Posts (Atom)










