Tuesday, February 11

KASIH SAYANG RESORT

Nape ler tak info awal - awal kata tada kuliah.. dah terlanjur sampai kelas baru tau yang petang ni tada kuliah. Kebetulan malam pun tada kuliah..kuliah di batalkan. Apa lagi, pucuk di cita ulam mendatang la jawapnya..ekeke.

Sempat lagi menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH sebelum bergerak balik ke rumah..ni la ni bila ada kawan ngan orang yang suka berjalan. Semua tempat yang indah - indah pasti menjadi kunjungan kami berdua. Kasih Sayang Resort merupakan salah satu destinasi pelancongan yang  terletak di atas Bukit Kokol, menggatal. Resort ini tidak jauh dari Pekan Menggatal.. kalau bernasib baik, jumpa ler kabus di sepanjang perjalanan naik. Kalau ada yang rasa stress.. suka dengan kehijauan.. jom ramai - ramai datang.







Monday, February 10

RAWAN HATIKU

Kak long menyepikan diri sudah sekian lama, seperti menjauhkan diri atau pun saja jer buat sa tertanya - tanya kenapa dengan kak long. Malam ni tiba - tiba kak long muncul dalam chat, macam - macam cerita suka duka kami berdua muncul..lawak

Masa muda - muda dulu ngan kak long..ekekek

Ni ler antara gambar kenangan sa bersama kak long masa sama - sama belajar di IKM lumut perak dahulu. Kak long ni asal kedah, dia ler sahabat suka duka..susah senang bersama dulu. Bukan juga semua perkara kami sekepala, kadang - kadang pandai juga sa merajuk dengan sikap kak long ni, tapi banyak perkara memang dengan dia sahaja. Keluar hujung minggu sama - sama..makan meggi sama - sama.. meggi sebungkus pun berkongsi..itulah kami.

sekarang ni dah berjauhan, tapi sentiasa di hati sa. Dulu bila tiba musim cuti semester, rumah kak long lah yang menjadi destinasi sa. Biasa ler bila dok jauh dari keluarga, merantau mencari ilmu. Mak dan ayah kakak long anggap sa adalah sebahagian dari keluarga mereka.. Sa doakan semoga mereka sekeluarga dalam lindungan ALLAH...aminnn


SERONOKNYA

Sepi jer ya blog Cik Afra ni.. da buat draf cete..tapi tak sempat la pula nak bagi masuk.. ekeke



Beberapa hari ni kedinginan terasa pada waktu malam, menurut laporan kaji cuaca ini akan berterusan selama seminggu dengan cuaca 22°C.. pehh sejuk sangat – sangat sabah sekarang. Teringat kesejukan kundasang yang baru saja sa dan keluarga kunjungi minggu lalu. Agaknya kundasang yang sedia maklum kawasan sejuk akan mengalami cuaca yang lebih sejuk dari biasa.

Perjalan kami sebenarnya sudah agak lama dirancang. Kebetulan adik yang berada di Johor balik bercuti, semua pun rasa nak berjalan dan pakat – pakat ambil cuti akhirnya jadi juga rancangan. Alhamdulilah, perjalanan kami pada hari itu berjalan dengan lancar dengan cuaca yang merestui perjalanan kami. Dengan ahli seramai 21 orang termasuk makcik - makcik, nenek dan sepupu – sepupu kami konvoi menaiki 5 buah kereta. 
Kabus yang dingin

Kali pertama kuda putih menaiki perjalanan berbukit, meraung sungguh dia sepanjang perjalanan.. kesian. Pelik sungguh sa, belum pun sampai beberapa meter ketinggian dari paras laut telinga sa sudah mengalami tekanan. Cara mengatasinya, kunyah lah gula – gula getah sepanjang perjalanan. Sungguh sadis, kali pertama sa memandu seperti pelumba kereta F1 di litar lumba..ekeke, jalan berliku – liku, naik bukit dan turun bukit sampai sakit lutut teman asyik tekan break. Dari jauh sudah kelihatan puncak gunung kinabalu dorang yang kat belakang da sibuk tangkap gambar. Bila sudah sampai ke satu lagi paras ketinggian, kabus tebal menyelubungi jalanraya. Seronoknya, keluarkan tangan dan merasa dinginya kabus.

Dari kejauhan
 Biar gambar berbicara...

Rumah penginapan yang terbaik

Adik - adik, mak dan kakak

Puncak Kinabalu dari jarak dekat

Kabus di kaki gunung



Saturday, January 4

BROOCH KYRA ROSES

Dikala semua insan sedang lena diulit mimpi - mimpi indah, sa pula bersemangat membuat brooch terbaru untuk Afra Cumil Craft. Dah lama sebenarnya tak update page Afra Cumil Craft..ekeke..sibuk jer memanjang. Entah apa angin malam ni, buka youtube dan cari cara paling simple membuat ros.


Cari punya cari punya cari punya cari..baru jumpa cara paling senang membuat ros ni..paling senang macam tocang rambut budak nak pi sekolah jer..ekeke.. dan hasilnya Alhamdulilah.. berjaya. Jangan lupa ya, jemput la datang ke page Afra Cumil Craft kat Fb..



Monday, December 23

IBU MENGADU

Sa mempunyi seorang makcik, adik kepada mama sa. Hubungan kami berdua memang rapat. Sa memanggilnya IBU. Ibu mengadu semalam melalui SMS nya, hatinya bagai dihiris sembilu tajam melihat tingkah laku manusia yang seorang ini. Sa tahu betapa beratnya bahu yang memikul, betapa pedih matanya yang memandang. Dia tiada kuasa untuk berbuat apa - apa. Dengan kata - kata penuh kasih sayang sa membalas SMS nya.

IBU..memang terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hati diliputi awan kegundahan. Namun, apabila ia kembali kepada tuhanNYA, menyerahkan permasalahan kepada NYA, dan pasrah kepadaNYA dengan segala ketulusan keimanan dalam hati, nescaya ALLAH akan melenyepkan kegundahan tersebut. Tetapi IBU, apabila yang dikatakan itu keluar dari hati yang lalai dan tidak tulus, tentu ALLAH tidak akan menghiraukannya.

Semoga ALLAH melapangkan hatimu IBU.. yakinlah sesungguhnya setiap kesulitan pasti ada kemudahannya. 


Tuesday, December 17

SEDEKAH ITU MELAPANGKAN DADA



Rasulullah menggambarkan orang yang kikir dan orang yang dermawan itu dengan dua orang yang masing – masing memiliki jubah. Orang yang dermawan terus – menerus memberi dan menginfaqkan hartanya, sehingga jubah dan baju besinya menjadi longgar dan lapang hingga akhir hayatnya. Sementara itu orang yang kikir terlalu kuat memegang hartanya dan tidak mahu menyedekahkannya, sehingga pakaiannya terasa semakin menyempit dan menghimpit, yang pada akhirnya akan menyempitkan jiwanya. 




JIN PAKAI TONCING 4





Alhamdulilah, berkat kesabaran menempuh dugaan dan ujian dari ALLAH ini, kini kehidupan sa kembali normal seperti biasa dalam 99%. Baki 1% lagi, sa masih fobia bila tidur malam sehingga sekarang walaupun sebenarnya makhluk tu dah tak datang mengganggu. Sa bersangka baik dengan ALLAH, syukur alhamdulilah dengan ujian ini sa berubah semakin mendekatkan diri dengan – NYA. Memang semua ini bukan mudah untuk dilalui. Namun usaha serta kesabaran itu penting. 

Kepada yang menghadapi gangguan makhluk halus, kuatkan semangat. Semua ini ujian dari ALLAH kepada kita yang DIA sayang, kita sendiri yang kena berusaha mengubati diri kita. Muhasabah diri, periksa balik diri kita mesti ada sebab kenapa sesuatu berlaku pada diri kita. Jangan biarkan diri kita sentiasa dalam ketakutan. Buat apa nak takut, mereka pun makhluk ciptaan ALLAH juga. Kita lebih santik dan sumil lagi dari mereka kot.. kita boleh makan KFC..mereka tak.. sebenarnya mereka dengki kat kita. Kita  boleh masuk syurga kalau amalan kita baik didunia ni tau.. mereka??

Mesti tertanya – Tanya bagaimana menghadapai gangguan ini? 

1.   Jaga solat 5 waktu. Kalau ada rasa malas – malas..kena lawan.. bayangkan keindahan syurga yang ALLAH janjikan.. tak nak ker?
2.   Bacalah Al- Quran sehari sekali, lagi kerap lagi bagus, jangan jadikan hanya sekadar perhiasan dirumah. Usahakan untuk membacanya.
3.       Zikir.
4.       Muhasabah diri, sentiasa mengingati ALLAH.
5.       Jauhkan diri dari kemaksiatan.
6.       Pelihara aurat, jangan seksi – seksi walaupun dirumah sendiri.
7.       Mandi jangan bogel, meleleh air liur Jin gatal tengok.
8.       Pasangkan bacaan ayat – ayat suci Al – Quran di rumah, kalau boleh setiap hari.
9.       Sebelum tidur, buat lah solat taubat.
10.   Sebelum tidur, bacalah surah 3 Qul, ayat kursi dan doa tidur.
11.   Sebelum tidur, doalah semoga ALLAH memelihara kita dari gangguan makhluk – makhluk halus.
12.   Kalau rasa takut nak tidur, dengar bacaan ayat – ayat suci Al – Quran sampai terlena.
13.   Usahakan bangun solat tahjjud.

Minta maaf sangat – sangat. Sa ni bukan ustazah, tapi  ini lah yang sa amalkan sehingga kini. Alhamdulilah, sa anggap ini semua ujian dari ALLAH supaya sa sentiasa mendekatkan diri kepada-NYA.