Dari opis kedengaran suara ibu
kucing menangis mencari anak – anaknya. Alkisahnya si ibu kucing ini ada 3 ekor
anak aku bagi nama si Oren, si Kalut dan si Putut, jantan betina ndak la pula
aku pasti. Tapi yang pastinya ada satu hari tu awal pagi hujan, tingkat bawah
opis, seekor dari anaknya terperangkap di dalam kotak yang terbuka ia basah
kuyup namun tidak mampu keluar sebab masih lagi kecil , kedengaran sayup –
sayup suaranya dalam kesejukan itu. Kawasan berhampiran kotak tu pula penuh
dengan kayu dan papan berpaku dari kedai yang sedang diubah suai. Aku memang
ndak boleh dengar suara kucing.. dengan penuh hati – hati keluarkan dia dari kotak dan letakkannya
dibawah.. si ibu pandang jak aku kemudian datang dekat dan membawa anaknya ke
celah – celah papan yang kering dan jauh dari terkena hujan.
Hari demi hari anak – anaknya
semakin membesar. Kadang – kadang pernah juga aku terlihat ada makanan tersedia
di sudut korido tingkat bawah opis aku tu, rezeki ibu kucing dan anak –
anaknya. Semoga orang yang memberi makan kucing – kucing ni bertambah rezekinya
dan hidupnya sentiasa bahagia.. doaku. Anak – anak dah pandai makan, dibawanya
semua mencari makan dikawasan kedai makan sekitar opis aku ni.
Hari jumaat lepas hari terakhir
aku Nampak, mereka masih lagi bersama, tidur bersama, anak – anaknya bermain
bersama, makan bersama.. kemudian opis bercuti hari kemerdekaan. Selepas
bercuti ni hilang dah 2 ekor.. yang tinggal Cuma si Putut dan ibunya. Tu la
sekarang ni si ibu ngiau – ngiau jak dari semalam memanggil si Oren dan si
Kalut yang entah mana pergi. Sama ada di makan anjing atau pun di ambil orang. Aku
berharap semoga si Oren dan si Kalut diambil orang untuk dipelihara. Tapi cian
pula dengan ibu kucing..
Cuti hari kemerdekaan baru – baru
ni aku berkesempatan ke pesta GATA atau lebih di kenali sebagai Pesta Gasing di
daerah spitang. Tujuan sebenar datang ke pesta tu lebih kepada memburu buah
durian sebab daerah spitang ni terkenal dengan buah durian terbaik dan harga
berpatutan, lebih – lebih lagi sekarang ni musim durian..malangnya sampai sana,
buah durian dah habis dahhh. Lepas jak
dari pesta GATA aku singgah ke kampung melepaskan rindu dengan mama.
Aku : Mak, hujung bulan 10 nanti kami satu opis akan bercuti ke
Manila.
Mama : Exam ko macam mana?
Aku : Exam bulan 10
Mama : Time exam, time tu juga ko bejalan?
Aku : Opis da belikan tiket kapal kena time
exam, tapi boleh juga tu sa ambil exam kalau terkena tarikh
yang kami bercuti tu..
(my mom diam kejap..time tu dia
di dapur..aku pula bertudung sambil becerita dengan dia)
Kakak : Woww..pigi Manila?..mesti ada handbeg
murah – murah sana..belikan arrr.. yang penting jenama tu.
Adik
: Manila?..waaa… bawa ole – ole
untuk aku ya..(sambil senyum – senyum)
Mama : Mama ndak minta beli apa – apa, yang
penting ko pergi sana dengan selamat, dan ko balik sini juga dengan selamat..tu
jak yang mama mau..
(Rawan terus aku dibuatnya..aku
terdiam)
Aku berfikir balik tentang dua
kejadian ini… ibu kucing yang kehilangan anak.. dan my love mom yang anaknya
akan bercuti ke Manila bulan 10 ni. Kasih sayang ibu yang tidak terhingga. Mau
saja aku bagitau mama, apa – apa saja yang berlaku dengan aku..aku mau dia
redha. Bukan ler aku minta – minta ada apa – apa berlaku nanti, Cuma aku mau
dia yakin yang kematian ini pasti untuk semua orang bila sudah tiba masa di
jemput pergi, sesaat pun tidak akan terkurang...iskk.. karang leleh air mata
lak, tak jadi aku cakap..aku berdiam jak. Kalau dulu tada rasa ketakutan naik kapal.. sekarang
ni baru ada rasa seperti itu.. lebih – lebih lagi selepas MH370 hilang dan MH17
ditembak, tu yang mama takutkan. Mana mungkin seorang ibu mahu kehilangan
anaknya..begitu juga ibu kucing, kalaulah manusia faham bahasanya..pasti kita
pun akan rasa rawan hati mendengar tangisan dan rintihannya atas kehilangan si
Oren dan si kalut.
Sob sob. Doa dari seorang ibu mengatasi segalanya. Selamat bercuti Cik Afra. Tok Guru mau kirim gak
ReplyDeleteTok Guru kirimkan salam jer lah bah..ekekek
ReplyDelete