Thursday, June 6

Afra Cumil Craft



Kebosanan melanda, nda tau mau buat pa di pejabat ni. Cam ni la bila semua kerja sa selesai dengan suksesnya, tunggu lagi arahan dan projek seterusnya. Time – time tada kerja cam ni selalunya sa akan mentelaah buku pelajaran atau  isi dengan aktiviti sendiri, tengok pada tahap kerajinan.  Antara aktiviti sa ialah membuat kraftangan. Alhamdulilah, hasil dari membuat kraftangan tersebut sa berjaya menjadikan aktiviti tersebut sebagai pendapatan sampingan. Maka tercipta la jenama “Afra Cumil Craft”.



“Afra Cumil Craft” sebenarnya ni bermula dari hasil dorongan dan sokongan pensyarah Polikk iaitu En. Jaya yang mengajar kami subjek keusahawanan. Sebelum ni memang sa ada juga pengalaman menjual makanan ringan di sekolah secara kecil – kecilan. Namun tidak begitu serius dan menganggap perniagaan ini Cuma untuk suka – suka sahaja. Namun sejak mengikuti kelas En. Jaya, perasaan ingin berniaga dan ingin menjadi usahawan itu datang dan membuatkan sa bersemangat.




Antara kraftangan utama yang “Afra Cumil Craft” hasilkan adalah keronsang kain Felt. Sa sendiri sebenarnya tidak pernah mengikuti mana – mana krusus membuatnya, tetapi lebih kepada belajar dari kawan. Setelah mendapat asas membuatnya, sa tambahkan lagi pengetahuan dan idea sa dengan mencari contoh – contoh design di dalam laman web dan belajar cara membuatnya dalam Youtube.
 



Berkat kesabaran menghadapi rintangan dan dugaan, semangat tidak mudah mengalah, keyakinan dalam diri, dorongan dari keluarga, kawan – kawan dan pelanggan “Afra Cumil Craft”  Alhamdulilah, “Afra Cumil Craft” semakin dikenali dan berusaha menghasilkan kraftangan yang pelbagai lagi. Kawan – kawan boleh singgah menjenguk melihat hasil kraftangan sa di dalam page Facebook Afra cumil craft. Mungkin ada yang berminat mau order, di persilakan.
 



Selain daripada kraftangan sendiri, dalam page Facebook Afra Cumil Craft, saya juga ada menjual keronsang juntai mutiara dan keronsang juntai Kristal dengan harga yang berpatutan. Sememangnya negeri sabah amat terkenal dengan mutiaranya yang bermutu.
 







Setiap apa yang kita lakukan pasti ada cabaran dan dugaan, sama ada kita dapat menghadapinya atau terus mengalah, itu adalah dari kita sendiri. Sa sendiri tidak terlepas dari semua tu, merancang masa adalah penting untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.  Bagi sa, jika kita berminat, ada semangat dan yakin dalam diri, In say Allah pasti akan berjaya. En. Jaya berpesan, Niatkan dalam hati kita yang kita berniaga untuk membantu menambah hasil pendapatan orang lain. “Anda kaya dan berjaya”


 
Sumandak yang promo keronsang juntai dan keronsang "Afra Cumil Craft"